Ahad, 13 Oktober 2013

SEJARAH SUSU KAMBING

NABI ADAM

Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM

Merupakan penternak kambing yang agong .Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing -kambingnya. Berlakunya peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA

Juga menternak kambing. Wujudnya Bani-Israel bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik) .Mengamalkan minum susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW

Diantara jenis minuman yang biasa di minum oleh Rasullulah SAW adalah susu kambing segar yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing(kisah Abdullah bin Mas'ud  pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu'aith). Dipetik dari Tulisan Dr Indah Kristanti - Alhikmah.com

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu arak , Madu dan Susu Kambing.Baginda memilih susu kambing( ''minuman yang terbaik selepas susu ibu'' )

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat di nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing  yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi  memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

DINASTI CHINA

2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

HINDU

Masyarakat India dan penganut agama hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:


  • Meningkatkan Daya Ingatan
  • Ketahanan Badan
  • Amalan Perubatan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan