Selasa, 5 November 2013

TIP-TIPS SIHAT


  • Dua cara berkesan mengurangkan kegemukan adalah mengurangkan makan dan bersenam. Prinsipnya berhenti makan sebelum kenyang dan tidak makan antara waktu makan. Senaman yang disarankan pula adalah senaman yang dilakukan pada waktu petang dan ia memiliki nilai aerobik yang besar hingga dapat membakar lemak. Walaubagaimanapun , bersenam lah secara bertahap. Sekiranya ragu-ragu mintalah nasihat doktor

  • Kajian mendapati susu mengandungi kalsium yang penting gabi pertumbuhan dan perkembangan tulang.Kurma pula mengadungi fosforus yang memadatkan tulang dan magnesium yang menguatkan tulang supaya tidak mudah patah. Magnesium juga diperlukan dalam proses pembentukan semula tulang. Jadi biasakan diri meminum susu sejak kecil bagi menghindari kemungkinan osteoporosis.

  1. Kajian mendapati apabila manusia tidur kurang dari 6.5 jam sehari,hormon kortisol yang meningkat kan kadar gula di dalam darah dan hormon insulinnya meningkat. Insulinnya mencapai  paras 50 peratus lebih tinggi daripada paras normal. Ketahanan insulin pula meningkat sebanyak 40 peratus. Peningkatan kadar insulin yang tidak diikuti dengan pemindahan  ke jaringan mengakibatkan peningkatan gula di dalam darah. Apabila keadaan ini berterusan ,kencing manis akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan